Langkau ke kandungan
Dakwah & pendidikan

Pengajian & pendidikan

Majlis ilmu mingguan, kelas Al-Quran kanak-kanak, seminar, bengkel dan Kembara Ilmu bersama para asatizah dari dalam dan luar negara.

Kuliah di Dakwah Unlimited Center
Aset utama

Dakwah Unlimited Center

Pejabat rasmi Dakwah Unlimited yang juga dijadikan pusat pendidikan, pengajian mingguan dan dewan seminar.

Tingkat 1, PT 11631, Taman Pertama, Geliga, 24000 Kemaman, Terengganu

Kelas Wadi Al-Quran untuk kanak-kanak
Kelas kanak-kanak

Wadi Al-Quran

Kelas Al-Quran khas untuk kanak-kanak berumur 7–12 tahun yang mengkhususkan pembelajaran Al-Quran, hafazan dan Fardhu Ain.

Setiap Ahad, 3.00 – 6.00 petang · Tingkat Bawah, PT 11631, Taman Pertama, Geliga

Pengajian mingguan

Majlis ilmu di DU Center


  • Kitab Al-Jadid

    Ustaz Syed Mohd Azwan

    Isnin, 9.15 malam · DU Center

  • Tafsir Al-Azhar: Juz 30

    Ustaz Muhd Talhah

    Selasa, 9.15 malam · DU Center

  • 40 Hadith Kisah Ghaib & Ajaib

    Ustaz Farhan Abdullah

    Isnin (giliran), 9.15 malam · DU Center

Pengajian mingguan Kitab Al-Jadid bersama Ustaz Syed Mohd Azwan

Rakaman terkini

Seminar

Seminar bersama tokoh


Seminar Wanita Islam pada Alaf BaharuOleh Dato’ Dr. Abdul Basit Haji Abdul Rahman, 2019
Seminar Ambang RamadhanOleh Dato’ Dr. Zahazan Mohamed, 2019
Seminar Menuntut Ilmu dan Mengajar adalah Satu IbadahOleh Prof. Dr. Basri bin Ibrahim, 2020
Seminar Penghayatan Maulidur RasulOleh Bro Lim Jooi Soon, 2022
Bengkel & pengajian terdahulu

Jejak ilmu


  • 2018–2020Kitab Talbis IblisUstaz Ahmad Qarni Edrus
  • 2019Bengkel Teknik Dakwah kepada Non-MuslimBro Abd Halim Teng bin Abdullah
  • 2021Bengkel Tadabbur Ayat FaraidUstaz Mohd Khusairi

Kembara Ilmu & ceramah agama

Siri Kembara Ilmu menghimpunkan para asatizah termasuk Dato’ Dr. Abdul Basit, Dato’ Dr. Abu Anas Madani, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Nazmi Karim, Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar dan ramai lagi di sekitar Kemaman, Terengganu dan Kelantan.

Himpunan poster Kembara Ilmu dan ceramah agama anjuran Dakwah Unlimited